Salam sejahtera.
Terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PERTAMA yang bekerja keras menjayakan penubuhan laman sesawang ini.
Penubuhan laman sesawang ini sangat penting untuk melicinkan lagi usaha PERTAMA untuk mewujudkan hubungan profesionalisme di kalangan ahli-ahli dan masyarakat terutama berkaitan hal-ehwal tanah. Perkara ini selaras dengan matlamat PERTAMA untuk memasyarakatkan ilmu tanah.
Sejak penubuhan PERTAMA pada 2014 banyak aktiviti telah dilakasanakan. Antaranya adalah bengkel, seminar, kursus dan penyelidikan berkaitan tanah. Dengan adanya laman sesawang rasmi ini, kegiatan persatuan boleh disebar luas untuk manfaat ahli semua. Perkara ini selaras dengan hala tuju negara untuk membina masyarakat madani yang berinovasi dan mapan.
Dengan itu, marilah kita semua mendekati dan membantu PERTAMA ke arah memajukan hal ehwal tanah melalui teknologi madani.
Sekian. Terima kasih
Prof Dr Ismail Omar
Presiden PERTAMA
“Tentang Kami”
Pada tahun 1996, program Sarjana Muda Sains Pembangunan Tanah telah dimulakan di Jabatan Pentadbiran Tanah, Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi atau FKSG di UTM Skudai.
Pada tahun 2004, program Sarjana Sains Pembangunan Tanah bermula di UTM Skudai secara perdana. Program yang sama juga dimulakan pada 2005 di UTM Kuala Lumpur secara pesisir atau hujung minggu. Seterusnya di Kedah, Perak, Kota Kinabalu dan Johor dan Kuala Lumpur.
Sekitar tahun 2008 sudah ada kira-kira 500 graduan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan tanah lulusan UTM di peringkat ijazah pertama dan kedua. Ada kira-kira 10 graduan kedoktoran dalam bidang berkaitan. UTM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menawarkan program berkenaan.
Pada masa yang sama, UTM telah melantik YBhg. Dato’ Dr Nik Mohd Zain Yusof (mantan KSU Kementerian Tanah), Allahyarham Dato’ Salleh Buang dan Profesor Dr Derek Nicholls dari Cambridge University, UK dan YBhg. Prof Dato’ Dr Azimuddin Bahari sebagai profesor pelawat. Mereka banyak membantu menjayakan program dan kegiatan alumni berkaitan.

“SENARAI AHLI JAWATANKUASA BARU PERTAMA SESI 2024 – 2026”
Melahirkan pentadbir & konsultan tanah yang profesional,cekap,berinovasi & berdaya saing